Di petik dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia(BERNAMA)
Rencana
25 Julai, 2006 17:19 PM
Oleh Mohd Haikal Mohd Isa
JOHOR BAHARU, 25 Julai (Bernama) -- Ia amat terkenal di seluruh dunia dengan pelbagai panggilan, Chen Xiang bagi masyarakat Cina, Jin-Ko (Jepun) dan Oud atau Oode di kalangan bangsa Arab.
Ia juga digunakan oleh masyarakat secara meluas sejak turun-temurun, malah ada yang mengatakan kayu gaharu dari pokok gaharu telah digunakan sejak zaman Firaun sama ada untuk upacara keagamaan atau bahan untuk membuat minyak wangi.
Bagi masyarakat Malaysia, pokok gaharu atau nama saintifiknya Aquilaria Malaccensis hanya boleh didapati di dalam hutan belantara dan jumlahnya pula dilaporkan semakin sedikit atau hampir pupus.
Kegiatan mencari kayu gaharu secara haram menjadikan tumbuhan itu kini semakin pupus kerana harganya, sama ada kayu (heartwood) atau minyak (damar) yang dihasilkan pokok itu adalah amat bernilai tinggi, lebih mahal dari harga emas.
Tarikan kayu gaharu Malaysia dan nilainya yang amat tinggi merupakan magnet kepada pencari-pencari haram kayu gaharu terutamanya dari Thailand untuk menceroboh hutan-hutan negara ini sehingga ke Sarawak untuk mendapatkan tumbuhan berharga itu.
NILAI KAYU
Selain Malaysia, kayu gaharu juga boleh didapati di Thailand, Vietnam, Laos, India dan Indonesia.
Nilai kayunya sahaja boleh mencecah di antara RM5,000 hingga ke RM100 ribu sekilogram bergantung kepada grednya, manakala harga minyaknya (damar) pula adalah sepuluh kali ganda dari nilai kayunya, kata penyelidik kayu gaharu tempatan, Syed Abdul Jalil Shah kepada Bernama dalam satu temuramah baru-baru ini.
Syed Abdul Jalil Shah juga merupakan pengarah teknikal kepada sebuah syarikat, Humara Enterprise Sdn Bhd yang menjalankan kajian terhadap pokok gaharu dengan tujuan untuk membiakkannya dan memastikan ia terus subur di hutan-hutan negara ini.
Humara turut bekerjasama dengan sebuah lagi syarikat, Konsesi Utama (M) Sdn Bhd untuk membekalkan anak-anak benih pokok gaharu kepada mereka yang berminat untuk menanamnya secara komersial.
Kata beliau, gaharu atau agaru di dalam bahasa Sanskrit sebenarnya merupakan tumbuhan dilindungi di bawah Convention on International Trade In Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES).
Ini bermakna pokok gaharu liar dan yang hidup di dalam hutan negara ini tidak boleh diperdagangkan.
KHAZANAH ALAM NEGARA
Bagaimanapun menurut satu laporan pada tahun 2000 oleh sebuah badan pemantau perdagangan tumbuhan dan hidupan liar antarabangsa, TRAFFIC, kira-kira 700 tan kayu gaharu berada di pasaran antarabangsa dengan kebanyakannya berasal dari hutan-hutan di Malaysia dan Indonesia.
Sebanyak 700 tan kayu gaharu itu dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya RM3.5 bilion.
Menurut Syed Abdul Jalil Shah, syarikat tersebut mahu mengembalikan semula khazanah alam negara yang kini semakin dihimpit kepupusan dan diharap menerusi usaha komersial itu dapat memastikan agar tumbuhan itu terus terpelihara.
Katanya secara keseluruhan terdapat lapan jenis pokok gaharu di dunia tetapi di Malaysia hanya ada empat jenis iaitu, Karas, Candan Gajah, Candan Gunung dan Cendana.
Sekilogram kayu gaharu jenis karas dianggarkan bernilai di antara RM5 ribu hingga RM60 ribu, Candan Gajah (RM180 ribu hingga RM200 ribu) dan Candan Gunung (RM1 juta) manakala harga seliter minyaknya pula bernilai 10 kali ganda dari kayunya, katanya.
Katanya, pokok gaharu boleh tumbuh di dalam hampir semua keadaan dengan penjagaan yang minimum, dan boleh mencecah ketinggian sehingga 40 meter manakala jejari batang pokoknya boleh membesar sehingga 60 cm.
Bagaimanapun bagi pokok gaharu jenis Candan Gunung, ia hanya boleh tumbuh di kawasan yang mempunyai ketinggian 1,500 kaki dari aras laut, menjadikan ia lebih sukar ditemui dan dibiak.
Menurutnya, ketika ini Konsesi Utama mempunyai kira-kira 1.2 juta anak pokok gaharu pelbagai jenis berumur di antara enam hingga lapan bulan dan ratusan lagi pokok yang berumur enam tahun ke atas, yang kini ditempatkan di tanah seluas 313 ekar milik syarikat di Pahang.
Syarikat tersebut katanya, juga mempunyai lebih 3 ribu pokok gaharu induk yang ditempatkan di tanah seluas 33 ekar milik syarikat dan digunakan untuk pembiakan anak pokok gaharu.
Disebabkan nilai pokok induk kayu gaharu tersebut yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit, beliau enggan mendedahkan lokasi kedua-dua ladang pembiakan anak-anak pokok gaharu tersebut.
SEDIA MEMBEKAL
Bagaimanapun Syed Abdul Jalil Shah berkata, Konsesi Utama dan Humara bersedia membekalkan anak-anak pokok kepada syarikat berminat dan melakukan penyelenggaraan secara percuma terhadap anak-anak pokok yang dibekalkan itu selama dua tahun.
Setakat ini, hanya Konsesi Utama dan Humara merupakan pihak tunggal yang bergiat aktif menjalankan kegiatan pembiakan pokok gaharu secara saintifik dan komersial di Malaysia.
Katanya, selain kayu dan minyak gaharu katanya, produk-produk sampingan kayu gaharu juga boleh dihasilkan dari daunnya untuk ubat, ranting dan hampas untuk dibuat setanggi serta colok dan kayu untuk industri perabot.
Syed Abdul Jalil Shah berkata, memandangkan pokok gaharu ini amat dikenali di kalangan masyarakat antarabangsa, maka kewujudan sebuah pusat agrotourism bagi tumbuhan ini dapat menarik minat pengunjung dalam dan luar negeri.
-- BERNAMA
Showing posts with label Petikan Berita. Show all posts

Thursday, December 24, 2009
Nilai komersial kayu karas petikan dari Utusan Online
Oleh LAUPA JUNUS
laupa.junus@utusan.com.my
DR. Kodi Isparan Kandasamy banyak terlibat dalam penyelidikan dalam pembiakbakaan kultur tisu kayu karas.
MASYARAKAT Malaysia memang terkenal sebagai pengguna produk semula jadi sama ada untuk kegunaan dalaman atau luaran.
Faktor itu didorong oleh amalan tradisi, diwarisi daripada nenek moyang secara turun-temurun yang mana produk berasaskan semula jadi diketahui khasiatnya sejak sekian lama
Faktor kedua ialah kekayaan sumber biologi negara ini, menjadikan pokok herba mudah diperoleh di dalam hutan selain di tanam sendiri.
Hutan negara ini sebenarnya satu bank biologi dan khazanah yang ternilai itu tersimpan dalam bentuk flora dan fauna serta mikroorganisme.
Daripada hidupan seni kepada pokok kayu seperti cengal, jati dan bakau sebagai contoh, masing-masing dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan sama ada perabot atau produk prosesan lain.
Satu daripada pokok kayu popular, yang terdapat dalam hutan negara ini ialah kayu karas yang terkenal kerana mengeluarkan gaharu.
Minyak gaharu bukan asing di kalangan rakyat negara ini kerana aromanya yang menarik perhatian.
Minyak gaharu mempunyai sebatian atau kandungan kimia yang pelbagai antaranya kunusol, jinkohol, jinkohol II, alfa agrofuran, sesquiterpenes, chromone derivatives dan agarospirol.
Berdasarkan sejarah, gaharu digunakan sejak 2,000 tahun dahulu di negara Timur Tengah, China dan Jepun.
Selain itu, kayu pokok karas merupakan sejenis kayu termahal di dunia kerana mempunyai nilai komersial dan banyak didagangkan di peringkat antarabangsa.
Antara agensi yang menjalankan penyelidikan mengenai kayu karas ini ialah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), menerusi projek penubuhan ladang hutan karas.
Timbalan Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr. Abd. Rashid Abd. Malek memberitahu, minat dalam penanaman kayu karas memang ketara selepas ramai menyedari potensi industri dan nilai komersial yang ada pada pokok tersebut.
Karas sangat sinonim dengan gaharu, hasilan penting yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu.
Berdasarkan kajian, terdapat 25 spesies karas di seluruh dunia dan lima daripadanya terdapat di negara ini. Spesies yang paling popular dalam pengeluaran gaharu ialah Aquilaria mallacensis.
Beliau berkata, beberapa negara Asia Tenggara telah mula menanam pokok karas kerana menyedari potensi ekonominya.
Di beberapa negara lain seperti Arab, ia telah mula mendapat perhatian kerana dijadikan wangi-wangian untuk mandi.
Negara pengeluar minyak lain selain Malaysia yang berada di tempat ketiga termasuklah India, Indonesia dan Kemboja.
Justeru, harga minyak gaharu ini agak tinggi, malah untuk kuantiti berisipadu 12 mililiter (ml) atau 1 tolla mencecah RM2,000 pada gred yang biasa.
Pada masa sama, permintaan terhadap pokok ini telah meningkat sehingga 4.5 juta kilogram dengan harga mencecah RM18 bilion sedangkan, sumbernya diperoleh daripada hutan.
Pada 1998, dilaporkan bahawa harga kayu gred A ialah RM1,800 sekilogram dan kini mencecah RM20,000 pada kuantiti yang sama.
Di Malaysia kata beliau, penyelidikan mengenai gaharu bermula di FRIM sejak 1990 lagi tetapi kajian sistematik hanya bermula dua tahun kemudian.
Kajian tersebut meliputi bahan tanaman, penanaman, pertumbuhan, suntikan artifisial, kimia , nilai sosio-ekonomi ke atas penduduk tempatan.
Menurut Dr. Abdul Rashid, tidak semua pokok karas akan menghasilkan gaharu tetapi terdapat teori menarik mengenainya iaitu sekiranya terdapat bahagian pokok yang luka, maka akan tumbuh gaharu.
Kajian mengenainya sedang dijalankan bagaimana menghasilkan gaharu yang dibiayai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) .
Kajian di FRIM melibatkan perladangan pokok karas yang kini berjumlah 370 pokok yang ditanam sejak 1997.
Pokok tersebut sudah pun cukup matang dan kajian mengenainya bertujuan memanfaatkan teknik inokulasi bagi menghasilkan gaharu.
FRIM juga menggunakan teknik inolulasi iaitu menyuntik sejenis bahan kimia ke dalam batang pokok untuk menghasilkan gaharu.
Dr. Abdul Rashid berkata, teknik inokulasi itu menggunakan pelbagai peralatan seperti gerudi kecil yang digunakan untuk menebuk lubang pada pokok sedalam dua inci.
Sejenis 'ubat' berbentuk kapsul kemudiannya dimasukkan ke dalam lubang berkenaan dan kemudian ditutup dengan tiub plastik.
Kapsul akan dibiarkan tertanam dalam lubang berkenaan selama tiga tahun.
Program penyelidikan tersebut bukan sahaja membantu meningkatkan nilai komersial kayu karas tetapi mendorong kepada usaha penanaman besar-besaran.
Ini juga disebabkan permintaan dan harga yang tinggi di pasaran yang boleh menyebabkan sumber tersebut pupus.
Pada masa ini, kebanyakan spesies dari Aquilaria telah diklasifikasikan sebagai terancam pada di Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam (CITES), 2004 - Appendix II. kerana diancam kepupusan.
Aktiviti penebangan secara haram juga menjadi ancaman selain harga yang tidak mengikut kualiti atau gred kayu yang dijual.
Justeru pembangunan industri gaharu perlu disokong dengan penanaman secara perladangan dengan dibantu oleh kerajaan.
Pengusahaan pemprosesan dan penyulingan kayu gaharu untuk produk gaharu bermutu tinggi diperlukan bukan untuk pasaran dunia sahaja tetapi juga tempatan.
Beberapa bidang yang masih memerlukan kepastian seperti penggredan gaharu yang di keluarkan dari pokok ladang.
Teknologi inokulasi untuk tujuan gaharu dan minyak gaharu dari kawasan ladang sesuai untuk ditanam secara perladangan menggunakan bahan tanaman anak benih dan tisu didik.
Untuk itu, di bawah Bahagian Bioteknologi Hutan FRIM, satu penyelidikan dalam bidang tisu didik atau kultur tisu telah dijalankan.
Penyelidikan tersebut dijalankan oleh pakar kultur tisu FRIM. Dr. Kodi Isparan Kandasamy yang turut melibatkan tanaman lain termasuk kayu jati, periuk kera, vanilla dan jelutong.
Oleh kerana ia melibatkan banyak tanaman untuk penyelidikan pembiakbakaan, permintaan untuk bekalan anak benih tidak dapat ditampung.
''Kita hanya mampu menghasilkan antara 100,000 dan 150,000 anak pokok kultur tisu setahun dan sekiranya ada memohon, mungkin ia hanya dipenuhi pada 2011,'' ujarnya.
Penyelidikan tersebut katanya, yang dijalankan di Bilik Kultur Tisu, Makmal Kultur Tisu FRIM yang mampu menempatkan 300,000 anak pokok daripada 70 spesies.
Oleh kerana permintaan terlalu banyak, FRIM juga membimbing pemegang lesen untuk mengeluarkan sendiri anak pokok karas kepada tiga syarikat yang mana mereka perlu membayar royalti kepada agensi tersebut.

Labels:
gaharu,
kayu karas,
Nilai Komersil karas,
Petikan Berita,
pokok depu
Subscribe to:
Posts (Atom)